Thursday, October 20, 2016

Sabah Cluster Challenge dan Lawatan Sambil Belajar

Pada 23 September yang lepas, 16 staf dan 20 orang murid SK Rimbaan telah bergerak ke Kota Kinabalu untuk melawat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Muzium Marin UMS.

Selain mempelajari banyak perkara baru di sana, pihak sekolah juga sempat menandatangani memorandum jaringan dengan DBP. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Asmiah Ajmain, Pengarah DBP Sabah dan staf DBP di atas layanan mesra, pemberian majalah-majalah percuma dan jamuan khas.

Murid-murid juga sangat gembira dibawa melawat ke Muzium Marin UMS. Pelbagai jenis hidupan laut dilihat sendiri oleh guru dan murid di sana.

Keesokan harinya, SK Rimbaan menyertai Karnival Cluster Challenge Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di SJK(c) St.James Likas. Antara pertandingan yang disertai oleh murid-murid SK Rimbaan ialah pertandingan bercerita, bersyair, pantun, kuiz sains dan rekabentuk inovasi. SK Rimbaan telah berjaya merangkul beberapa kejayaan iaitu naib johan bercerita tahap 1, naib johan bercerita tahap 2, dan naib johan pertandingan rekabentuk inovasi. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya.

No comments:

Post a Comment