Tuesday, March 30, 2010

English Support Competition



Pada 24 Mac lepas, SK Rimbaan telah mengadakan pertandingan bercerita (storytelling) dan ucapan awam (public speaking) sempena Aktiviti Bahasa Inggeris peringkat sekolah. Seramai 6 orang murid mengambil bahagian dalam kedua-dua acara yang dianjurkan secara ringkas tersebut. Semua guru dan murid menghadiri acara tersebut yang diadakan selepas waktu rehat. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang yang bakal mewakili sekolah ke pertandingan English Support Competition peringkat Zon Pekan Kuala Penyu pada minggu hadapan di SK Menumpang. Terima kasih diucapkan kepada guru besar, Puan Rusiah kerana sudi menghadiri acara tersebut. Terima kasih juga diucapkan kepada hakim-hakim yang dilantik pada hari tersebut. Walaupun cuaca panas terik dan berhabuk akibat ketiadaan hujan, namun semangat tinggi untuk menyokong murid-murid yang mengambil bahagian.



Sunday, March 28, 2010

Suang Noh!

Selamat datang ke blog Sekolah Kebangsaan Rimbaan, blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan di sekolah. Sila klik "HOME" di panel sebelah kanan untuk ke halaman utama. Komen dan cadangan membina amat dialu-alukan. Thanks :)