Thursday, October 20, 2016

Lawatan Muhibbah SK Kambizaan, Papar

Pada 19 Oktober, staf dan murid SK Rimbaan telah menerima lawatan muhibbah sebuah sekolah dari Papar iaitu SK Kambizaan. Seramai lebih kurang 14 guru, seorang wakil PPD Papar dan 10 orang wakil PIBG telah menyertai lawatan ini. Tujuan lawatan ini adalah sebagai perkongsian ilmu di antara dua sekolah memandangkan saiz murid dan stafnya adalah sama. SK Rimbaan juga sangat berbesar hati dapat menandatangani memorandum jalinan kerjasama antara kedua-dua sekolah. Semoga SK Kambizaan berjaya mencapai prestasi terbaik dalam bidang pengurusan, akademik dan kokurikulum.

Sabah Cluster Challenge dan Lawatan Sambil Belajar

Pada 23 September yang lepas, 16 staf dan 20 orang murid SK Rimbaan telah bergerak ke Kota Kinabalu untuk melawat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Muzium Marin UMS.

Selain mempelajari banyak perkara baru di sana, pihak sekolah juga sempat menandatangani memorandum jaringan dengan DBP. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Asmiah Ajmain, Pengarah DBP Sabah dan staf DBP di atas layanan mesra, pemberian majalah-majalah percuma dan jamuan khas.

Murid-murid juga sangat gembira dibawa melawat ke Muzium Marin UMS. Pelbagai jenis hidupan laut dilihat sendiri oleh guru dan murid di sana.

Keesokan harinya, SK Rimbaan menyertai Karnival Cluster Challenge Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di SJK(c) St.James Likas. Antara pertandingan yang disertai oleh murid-murid SK Rimbaan ialah pertandingan bercerita, bersyair, pantun, kuiz sains dan rekabentuk inovasi. SK Rimbaan telah berjaya merangkul beberapa kejayaan iaitu naib johan bercerita tahap 1, naib johan bercerita tahap 2, dan naib johan pertandingan rekabentuk inovasi. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya.

Sunday, March 6, 2016

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Penyu

Tahniah diucapkan kepada seorang guru SK Rimbaan, Cik N.Rajaratanadavi yang telah diberikan amanah oleh Pengakap Negeri Sabah untuk bertugas sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah Kuala Penyu bagi sesi 2016-2018. Semoga dengan perlantikan ini, persatuan Pengakap SK Rimbaan akan lebih maju jaya dalam melahirkan ahli pengakap yang berkepimpinan dan berketrampilan. Syabas!

Menandatangani watikah sambil diperhatikan oleh Datuk Dr. Hj Awang Zaini, Timb. Pesuruhjaya Pengakap Malaysia merangkap Ketua Pesuruhjaya Negeri Sabah
Gambar seluruh Pesuruhjaya Bahagian, Pesuruhjaya Daerah, Penolong-penolong Pesuruhjaya bersama Datuk KPPNS