Monday, February 13, 2017

Selamat Datang Guru Besar Baru

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Guru Besar SK Rimbaan yang baru iaitu Puan Salmah Binti Hj. Achil. Seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan bersifat terbuka kepada warga sekolah. Semoga SK Rimbaan terus maju dan cemerlang di bawah pentadbiran Puan Salmah.

Jasamu Dikenang

Begitu banyak jasa dan pengorbanan beliau untuk memajukan SK Rimbaan selama 12 tahun mentadbir SK Rimbaan. Salah satunya ialah memimpin sekolah sehingga mencapai pencapaian UPSR yang cemerlang sehingga mencapai status Sekolah Kluster Kecemerlangan. Begitu juga kenangan manis yang dikongsikan bersama murid-murid, staf dan ibu bapa SK Rimbaan. Selamat Bertugas Di Sekolah Baru buat Puan Rusiah Binti Bilang. "Terima kasih Cikgu".