Pada 1 April yang lepas, SK Rimbaan telah mengadakan mesyuarat agung PIBG bagi tahun 2010. Mesyuarat dihadiri oleh wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah, gurubesar Pn. Rusiah Bilang, YDP PIBG bagi penggal yang lepas, En. Jipil, ibu bapa dan guru-guru SK Rimbaan. Mesyuarat pada sebelah petang itu diadakan secara sederhana dan AJK PIBG yang baru telah dilantik pada hari itu. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa dan guru-guru yang dilantik sebagai AJK. Diharap dapat melaksanakan tugas dengan komited bagi memastikan kebajikan murid-murid SK Rimbaan terjamin.
No comments:
Post a Comment