Showing posts with label social. Show all posts
Showing posts with label social. Show all posts

Tuesday, March 13, 2018

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan & Sambutan Tahun Baru Cina 2018

Pada hari ini, SK Rimbaan telah menerima kehadiran YBhg Datuk Kimjos Duim, Naib Ketua Umno Bahagian P177 Beaufort disertai oleh Tuan Haji Muhid Misrin, PPD Kuala Penyu, Puan Monica Chongkiam, Ketua Perpustakaan Kuala Penyu dan pegawai-pegawai dari UMNO Cawangan P177 Beaufort untuk merasmikan dan memeriahkan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) & Sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah.

 
Majlis yang juga dihadiri Yang Dipertua PIBG iaitu Encik Impuih Hujih dan para ibu bapa tersebut bertujuan untuk menyerahkan BAP RM100 kepada murid-murid yang layak iaitu seramai lebih kurang 30 orang. Tahun Baru Cina turut diraikan memandangkan ramai warga SK Rimbaan turut meraikan perayaan tersebut. Puan Monica, Ketua Perpustakaan Kuala Penyu yang juga menjadi jabatan angkat SK Rimbaan bermurah hati mengagihkan angpow kepada setiap murid sekolah.





Saturday, March 3, 2018

Bengkel Kajian Tindakan Sekolah Kluster Kecemerlangan 2018

 Pada 2hb Mac yang lepas, admin telah diarahkan untuk menghadiri Bengkel Kajian Tindakan Sekolah Kluster Kecemerlangan 2018 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Seramai lebih 400 orang wakil guru dari setiap sekolah Kluster di Malaysia menghadiri bengkel tersebut yang bermula sejak 26hb Februari dan dibahagikan mengikut sesi memandangkan jumlah penyertaan yang ramai. Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Selangor ditempatkan pada sesi terakhir iaitu pada hari Jumaat. Walaupun agak singkat, sedikit sebanyak ilmu diperolehi sepanjang bengkel ini tentang bagaimana kaedah membuat kajian tindakan terutamanya bagi menyelesaikan masalah-masalah kritikal yang dihadapi guru dalam proses PdPc.



Thursday, October 20, 2016

Lawatan Muhibbah SK Kambizaan, Papar

Pada 19 Oktober, staf dan murid SK Rimbaan telah menerima lawatan muhibbah sebuah sekolah dari Papar iaitu SK Kambizaan. Seramai lebih kurang 14 guru, seorang wakil PPD Papar dan 10 orang wakil PIBG telah menyertai lawatan ini. Tujuan lawatan ini adalah sebagai perkongsian ilmu di antara dua sekolah memandangkan saiz murid dan stafnya adalah sama. SK Rimbaan juga sangat berbesar hati dapat menandatangani memorandum jalinan kerjasama antara kedua-dua sekolah. Semoga SK Kambizaan berjaya mencapai prestasi terbaik dalam bidang pengurusan, akademik dan kokurikulum.

Wednesday, March 25, 2015

Sumbangan PA sistem dari YB Parlimen Beaufort

Pada 03/03/2015 yang lepas, pihak sekolah telah menerima sumbangan berbentuk PA sistem daripada YB Datuk Hajah Azizah binti Hj Mohd Dun, Ahli Parlimen Beaufort. Sumbangan ini disampaikan kepada En. Mat Jusrin Jakirin, Penolong Kanan Kurikulum melalui YDP PIBG SK Rimbaan, En. Impui Hujih. Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Hjh. Azizah dan pihak yang terlibat.